I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 21 Mac 2010

asas keselamatan komputer

fungsi komputer yang mana bekerja dalam bentuk digital(1 dan 0),mnyebabkan ia mudah di tembusi dan sering terdedah kepada bermacam-macam ancaman.maka dengan itu,artikel ini diwujudkan bagi membantu pengguna untuk mengetahui tentang ancaman-ancaman dan keselamatan dalam menggunakan komputer.ancaman ini memberikan kesan yang besar kepada kita lebih-lebih lagi klu kita ini adalah seorang ahli perniagaan yang sentiasa bekerja dengan komputer.kerugian besar mungkin berlaku.samada dari segi wang,harta,masa dan sebagainya.Dimana-mana sahaja,keselamatan terhadap komputer adalah amat dititikberatkan walaupun kita ini tidak terlibat dalam perniagaan.

ancaman,,,apakah itu ancaman?ancaman/threat adalah suatu keadaan yang berpotensi yang membenarkan sistem komputer kita untuk dirosakkan.adapun terdapat 4 jenis ancaman iaitu:
  • interception-iaitu orang yang tidak dikenali melakukan kekacauan,mencuri data,dan merosakkan komputer
  • interuption-iaitu pencurian data melalui komunikasi.contohnya penggunaA menghantar data kepada penggunaB melalui email,tetapi semasa penghantaran antara penggunaA dan penggunaB,berlaku kecurian data.
  • modification-data yang dihantar antara penggunaA dan penggunaB telah diubah semasa penghantaran data antara penggunaA dan penggunaB.
  • Fabrication-data yang dihantar antara penggunaA dan penggunaB telah ditambah iaitu buat apa yang takda didalam data,perlu menggunakan skill untuk mengubahnya..
konsep seterusnya adalah vulnerability/kebocoran..vulnerability merujuk kepada suatu perlindungan yang lemah kepada komputer yang mana ianya mudah untuk diserang.perlindungan haruslah diberikan perhatian kepada hardware/perkakasan,software/perisian,dan juga data.

-hardware haruslah dilindungi agar ianya tidak mendapat serangan..kemungkinan serangan ialah seperti kecurian ataupun kerosakan..cara mencegahnya seperti memasang kunci pada pintu bilik menggunakan mangga(pengunci) ataupun perkakasan elektronik yang meminta kod daripada pengguna untuk masuk ke bilik.
-serangan pada perisian pula ialah merosakkan perisian tersebut dengan cara menghantar virus untuk makan confignya..config penting untuk melarikan perisian tersebut.cara pencegahan pelulah ada contribution manager software utiliti yang menjaga software berkenaan ...untuk pengetahuan anda,config boleh juga terpadam semasa kita upgrade komputer kita.
-serangan pada data iaitu kecurian,penghapusan,ataupun pegubahan.

hacker(penggodam) VS cracker
hacker ialah orang yang mempunyai kepakaran didalam pengaturcaraan komputer dan juga tahu mengubahsuai dan membina perisian dan juga perkakasan komputer.sebenarnya hacker lebih mengkhusus dalam kerja berkaitan mekanisme keselamatan sistem komputer dan rangkaian.hacker seringkali dikaitkan dengan jenayah komputer seperti menghantar virus untuk mencuri data,mengubah data..merosakkan komputer dan sebagainya..dan ini menyebabkan nama hacker itu rosak dan tercemar..hacker adalah seseorang penyelamat didalam mengatasi sesuatu masalah perkomputeran.kita perlu berhenti daripada menggelar hacker ini sebagai seseorang yang jahat.namun begitu,apabila seseorang hacker itu telah lari daripada tugas sebenarnya,maka ia dipanggil cracker..iaitu orang yang sering kali melakukan jenayah komputer.ilmu yang ada tidak digunakan kejalan yang baik.

Jenayah komputer
jenis-jenis jenayah komputer
  1. cybervandalisma  -gangguan sengaja,pencacatan,kemusnahan laman web ataupun sistem maklumat korporat.
  2. sniffer-memperhatikan segala kelakuan didalam rangkaian.yang mana menggunakan perisian tertentu.segala e-mail mungkin boleh dilihat dan e-mail tersebut boleh di ubah.bagaimana boleh di ubah sedangkan email telahpun di encrypt.?pastinya mempunyai skill tertentu.
  3. denial-of-sevice attacks(dos)-membanjiri server dengan ribuan permintaan palsu untuk menghancurkan rangkaian.Ini menyebabkan rangkaian tersebut tidak dapat diakses oleh pengguna lain.perlu diingat,didalam perniagaan,kegagalan sesuatu sistem maklumat itu untuk berfungsi menyebabkan kerugian yang mungkinnya mencapai tahap juta.
  4. identity theft-pencurian maklumat peribadi seperti sosial id , atau nombor kad kredit ,gambar,dan sebgainya daripada orang-orang yang tertentu,yg pastinya dia adalah sseorang yang berpengaruh.ia bertujuan untuk menyamar sebagai orang lain bagi menarik pelanggan-pelanggannya.
  5. phising-bunyinya pun macam fishing?memancing...haha!pastinya ia satu perangkap..phising ialah aktiviti penghantaran  meseg email kepada pengguna yang mana memujuk pengguna untuk klik satu link didalam email berkenaan.kemudian pengguna akan dibawa ke satu laman web,yang mana laman web tersebut kelihatan seperti perniagaan sah dan meminta pengguna memasukkan data peribadi mereka.sasaran phising ialah pelanggan bank.
  6. hoax-adalah suatu maklumat yang mana menceritakan tentang sesuatu yang tidak benar ataupun palsu yang menyebabkan seseorang itu menjadi takut .maklumat ini akan disebarkan di mana2 sahaja termasuklah sms dan sebgainya
  7. cetak rompak - suatu perbuatan yang mencuri hasil kerja orang lain tanpa hak.
sebenarnya,terdapat banyak lagi jenis2 jenayah komputer,namun setakat ini sahaja yang saya dapat utarakan kepada anda semua..

Sabtu, 20 Mac 2010

asas komputer

asslmualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..haha!diharapkan semua sihat2 sentiasa.
blog ini disediakan kepada mereka yang mungkin ingn berjinak2 di dalam dunia perkomputeran dan diharapkan blog ini dapat membantu para pembaca sekalian agar faham tentang komputer. pengetahuan perlu diperbanyakkan lagi selain daripada mengetahui bagaimana menggunkan microsoft word atau power point atau internet dan sebagainya..pasyinya anda tahu apa itu komputer bukan?

untuk pengetahuan anda,komputer terbahagi kepada dua jenis:,iaitu
1-komputer khusus
 adalah alat elektronik yang mana hanya membaca 1 arahan sahaja yang melaksanakan 1 fungsi sahaja.contohnya seperti pemasak air elektronik,bila kita tekan button on,ia akan berfungsi..

2-komputer umum
komputer umum pula boleh menyimpan berbagai aturcara dan juga boleh melaksanakan aturcara tersebut.komputer umum terbahagi kepada
  • minikomputer
  • mikrokomputer
  • superkomputer
  • kerangka utama
 dalam menggunakan komputer ,perlulah ada perkakasan dan juga perisian,kedua2nya saling memerlukan,jika kita beli sebuah komputer tanpa ada perisian,maka komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
perhatian!didalam topik ini,hanya membincangkan tentang komputer umum sahaja

perkakasan
adalah alat elektronik yang kita boleh nampak dan kita boleh sentuh yang digunakan untuk komputer.perkakasa/peranti terbahagi kepada 5.iaitu

-peranti input
 berfungsi untuk:

  • berkomunikasi dengan komputer dalam proses kemasukan data dan aturcara-contohnya penggunaan keyboard dapat membantu pengguna memasukkan huruf-huruf dan nombor serta simbol...
  • memberi suruhan kepada komputer-contohnya penggunaan mouse yang dapat membantu menyuruh komputer melaksanakan sesuatu arahan.contoh arahan 'save'..bila klik,komputer akan membuat operasi save tersebut.
  • menerima maklumat dan tukarkannya kepada kod digital-contohnya penggunaan scanner,akan membantu menukar gambar dalam bentuk digital.
    -peranti output
    peranti yang mengeluarkan output daripada operasi yang dihasilkan oleh komputer dan dikeluarkan dalam bentuk softcopy ataupun hardcopy.softcopy adalah output yang dipaparkan hanya di skrin sahaja.manakala hardcopy adalah output yang dipaparkan selain daripada skrin,contohnya kertas dan sebagainya.


    -ingatan utama
    ingatan yang diperlukan dalam operasi pemprosesan data.dikenali sebagai ingatan kerja dan ingatan dalaman..contoh:RAM ROM,
    Ram adalah ingatan sementara yang akan menyimpan data untuk diproses dan apabila komputer mati,data akan hilang.contohnya,apabila kita melarikan perisian power point dan apabila komputer tiba2 mati,power point akan hilang dan segala kerja yang tak di save juga akan hilang bila dihidupkan semula..
    Rom menyimpan data dan arahan sistem secara tetap sejak dikilangkan lagi.Ia tidak boleh diubah oleh pengguna.terdapat banyak jenis iaitu PROM, EEROM, EPROM, EAROM dam EEPROM.





    -ingatan bantu
     ingatan bantu adalah ingatan yang menyimpan maklumat secara kekal,contohnya seperti cakera keras,pendrive,disket,cd dan sebagainya.



    -unit pemprosesan(cpu).
    unit pemprosesan pusat berfungsi untuk
    • mengawal penggunaan ingatan komputer-RAM sebagai ingatan sementara akan dikawal penggunaannya,berapakah ruang storan yang diperlukan untuk menempatkan data yang hendak diproses.
    • mengawal jujukan pengendalian
    • melaksanakan pemprosesan
    • memberi arahan kepada semua bahagian komputer
     cpu terbahagi kepada 2 iaitu unit kawalan dan juga unit arithmetik logik(ALU).
    unit kawalan berfungsi untuk mencapai suruhan daripada ingatan dan kemudiannya mentafsir suruhan tersebut,kemudian mengarahkan ALU untuk melaksanakan operasi tersebut  dan sambil itu ia mengaktifkan input dan output

    unit arithmetik logik pula berfungsi untuk melakukan arahan arithmetic dan juga melakukan fungsi logik.hasil pelaksanaan tersebut akan disimpan kedalam daftar dan seterusnya unit kawalan akan hantar ia ke ingatan utama.
          

    perisian

    perisian pula merupakan progam atau aturcara komputer yang dibangunkan oleh juruaturcara yang pakar.perisian adalah perantara komunikasi diantara pengguna dan juga perkakasan.perisian yang biasa ditemui dipasaran terbahagi kepada 3 iaitu:

    1. perisian sistem pengoperasian-iaitu perisian yang menguruskan,mentadbir,menjadual proses secara terancang.contohnya seperti linux,microsoft dan sebagainya
    2. perisian aplikasi-iaitu perisian yang yang digunakan untuk membantu para pengguna untuk menyelesaikan perkara harian mereka..contohnya seperti microsoft word,power point,adobe photoshop dan sbgnya..
    3. perisian utiliti-iaitu perisian yang membantu dalam menguruskan sistem komputer agar menjadi lebih terurus dan mudah digunakan.contohnya seperti  tune-up,antivirus,windoctor dan sebagainya